~ Sehasrat Ke Puncak Jaya ~

Satu Matlamat, Satu Tujuan, Satu Impian...ke Menara Gading!

BM2/ P.AM2 STPM-Contoh Persoalan

KOMPUTER 
1.         Manfaat teknologi komputer
 (a)  Kemajuan sistem pengurusan dan pentadbiran  - Hal ini kerana komputer merupakan satu alat elektronik yang boleh menyimpan maklumat yang banyak dengan cara yang teratur serta dapat diproses dan dikeluarkan dalam masa yang singkat.-Teknologi komputer bukan sahaja dapat menjimatkan masa,ruang dan tenaga manusia, bahkan meningkatkan kecekapan pengurusan sesebuah organisasi. Sebab itulah banyak agensi kerajaan dan swasta menggunakan komputer untuk menyimpan rekod dan menganalisis data-data penting yang berkaitan dengan butir-butir kakitangan serta hal-hal pentadbiran dan pengurusan.
(b)  Kemajuan sektor perindustrian  - Barang yang dihasilkan dengan menggunakan komputer bukan saja lebih banyak dan lebih cepat, tetapi juga lebih menjimatkan masa berbanding dengan keupayaan semulajadi manusia. Ini penting terutamanya di negara-negara maju yang mengalami masalah kekurangan tenaga buruh.-Teknologi komputer dapat menjamin kualiti barangan yang dikeluarkan. Komputer boleh menguji mutu barangan dengan tepat dan pantas daripada yang dapat dilakukan oleh tenaga manusia.- Komputer boleh membantu manusia melaksanakan kerja-kerja yang sukar dan merbahaya kepada kesihatan dan keselamatan pekerja. Misalnya robot yang dikawal oleh komputer digunakan untuk memasang kereta atau menjalankan kerja-kerja yang terdedah kepada bahan pencemaran dan radioaktif.Maka jelaslah bahawa penggunaan komputer merupakan asas untuk perkembangan industri perkilangan. 
(c)  Kemajuan kesihatan  - Tujuannya untuk membantu doktor membuat diagnosis sesuatu penyakit. Sebabnya komputer boleh memproses butir-butir peribadi mengenai pesakit dan seterusnya mendiagnosis jenis penyakit yang dihadapinya. Komputer juga boleh memberi maklumat tentang jenis ubat yang paling sesuai untuk merawat penyakit berkenaan. -          Dalam rawatan kesihatan khasnya semasa pembedahan, teknologi komputer telah memberi sumbangan yang besar dari segi melicinkan kerja pembedahan. Umpamanya bacaan denyutan jantung dan analisis gambar sinar-X pesakit boleh dibuat secara serta-merta dengan peralatan komputer. Ini membantu menjamin kejayaan sesuatu pembedahan dan keselamatan pesakit. 
 (d)  Kemajuan sains dan teknologi  - Pelancaran satelit yang dikawal oleh komputer dapat mengumpul data-data penting mengenai persekitaran bumi.Maklumat ini kemudian dianalisis dengan segera oleh komputer untuk menghasilkan keputusan kajian yang tepat tentang keadaan cuaca, seperti halaju angin dan kelembapan sesuatu kawasan. Ramalan kajicuaca yang lebih tepat ini membantu manusia untuk bersiap sedia menghadapi sebarang ancaman malapetaka seperti banjir dan taufan. - Di samping itu satelit yang bergerak di bawah kawalan komputer juga dapat memajukan sistem telekomunikasi.Maklumat dari sesuatu kawasan boleh dihantar ke seluruh dunia dengan pantas. Ini juga yang membolehkan sesuatu acara sukan atau pertandingan disiarkan secara langsung ke segenap pelosok dunia. 
(e)  Kemajuan pendidikan  - Komputer merupakan alat bantuan mengajar yang penting. Ia bukan sahaja dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk yang sistematik, malahan diiringi dengan muzik dan gambarajah serta bahan grafik yang menarik. Teknik pengajaran begini pasti akan menarik minat para pelajar terhadap pelajaran. - Komputer juga memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, kerana pelajar boleh mempelajari sesuatu pelajaran secara individu melalui program-program komputer yang disediakan. Dengan adanya program tertentu, segala arahan dan peraturan pelajaran disampaikan dengan jelas. Maka pelajar boleh belajar di mana-mana sahaja dengan berpandukan arahan itu. - Satu lagi keistimewaan dalam pembelajaran menerusi komputer ialah segala kesalahan yang dilakukan oleh pelajar boleh dikesan dan diperbetulkan dengan serta- merta oleh komputer. Dengan cara ini keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan.  
2.         Kesan penggunaan komputer dalam pendidikan (a)  Alat bantu mengajar berkesan, misalnya program pembelajaran dengan bantuan komputer (CAI). (b)  Memudahkan kerja rutin supaya guru boleh tumpukan lebih perhatian ke atas masalah disiplin, pelajaran dan lain- lain hal pelajar – meninggikan produktiviti guru. (c)  Pendidikan jarak jauh. (d)  Mempertingkatkan kecekapan pengurusan, sekolah, jabatan pendidikan dan seterusnya seluruh sistem pendidikan negara. (e)  Perpustakaan berkomputer. (f)  Penukaran konsep pendidikan dari yang lama kepada kebolehan mencari maklumat, menganalisis dan menilai sebagai tanda kecerdikan.  
3.         Kesan-kesan negatif.
(a)  Menyebabkan manusia semakin bergantung kepada alatan -hilang upaya dan lekas bosan bila hadapi masalah yang perlukan pemikiran mendalam.
(b)  Jenayah kolar putih dengan teknologi canggih (komputer)semakin menjadi. 
(c)  Keselamatan negara / syarikat swasta boleh tergugat jika rahsia ketenteraan dan lain-lain yang tersimpan dalam komputer itu terbocor. 
(d)  Komputer digunakan untuk mencipta alat perang canggih yang mempunyai kuasa memusnah yang  besar.
(e)  Komputer seperti alatan teknologi lain hanya memanfaatkan mereka yang berkebolehan dan berkeupayaan  meluaskan jurang kekayaan dalam masyarakat. 
(f)  Komputer mengambilalih kerja orang ramai – pengangguran. 
(g)  Teknologi komputer menyebabkan sifat invidualistik para generasi muda. 
 Soalan : 
1. Negara-negara yang tidak menggunakan komputer akan ketinggalan dalam bidang ekonomi. Sejauh mana anda bersetuju ? 
2. Komputer menjamin kebahagiaan hidup manusia. Bincangkan. 
3. Penciptaan komputer (alat mikroelektronik) sama dengan revolusi perusahaan dalam mewujudkan satu jenis tamadun manusia yang baru. Bincangkan.
 4. “Komputer adalah lambang pemodenan dan kemajuan. Ini kerana komputer memainkan peranan penting dalam pelbagaibidang kehidupan seperti ekonomi, pentadbiran, perubatan,perindustrian, pendidikan dan lain-lain. Tetapi jika teknologi komputer disalahgunakan, ia akan menimbulkan pelbagai implikasi negatif yang mengancam kehidupan.Bincangkan peranan komputer dalam kehidupan manusia pada zaman moden ini.   

0 comments:

Post a Comment

Islamic Calendar

~ Kata Aluan Dari PKT6 ~

~ Kata Aluan Dari PKT6 ~
Assalamualaikum
dan salam sejahtera buat semua...
Alhamdulillah,akhirnya blog ini sempat juga direalisasikan sebelum pelajar tingkatan 6 bawah mendaftar, iaitu pada 9 Mei 2010 nanti. Insyaallah pada hari pendaftaran tersebut, blog ini akan dilancarkan.....semoga blog ini akan memberi input kepada semua guru dan pelajar PPU khususnya...

Sejarah PPUSMKPaka

PPU SMK Paka mula beroperasi pada tahun 2003.

Sekolah ini memperuntukkan 2 kelas 6 bawah aliran kemanusiaan. Kedua-dua kelas 6 Bawah mewajibkan pengambilan mata pelajaran teras iaitu P.A dan Bahasa Melayu.

Mata pelajaran elektif bagi kelas 6B1 ialah Geografi dan Ekonomi manakala Kelas 6B2 pula menawarkan Sejarah dan Pengajian Perniagaan.

SEJARAH PENUBUHAN BLOG PPUSMKPaka
- diilhamkan oleh Cikgu Che Saniah bt. Hanapi
- dibina menggunakan halaman Blogger.com
-
tarikh mula dimasukkan entry pertama ialah pada 07 Mei 2010
- perasmian pada 09 Mei 2010

Profil Diri PKT6

My photo
Anak kelahiran Kelantan. Anak sulung perempuan daripada 8 beradik. Pengalaman mengajar: 1996-1998 SMK Damansara Utama 1999-2001 SMK Dengkil 2001-2002 SMK Paka 2002-2003 SMK Seri Paka 2003-kini SMK Paka. Mula mengajar tingkatan 6 pada bulan Jun 2003 bagi subjek Peng.Am 2,kemudian subjek B.Melayu 2 pada tahun 2005. Ditawarkan sebagai PKT6 pada 1 April 2009

Tips Peperiksaan

Tips peperiksaan bulan ini.. dapatkan sekarang.

Ruang Sembang

XTVT's

2011:
1. Program 'Menggapai Impian'-SPM&PPU- SMK Paka
2. Kem Teknik Menjawab -Geografi- SMKTIZ
3. Kem Elit Daerah Dungun
4. Pendaftaran Pelajar PPU (bawah) - SMK Paka
5. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah - SMK Paka
6. Kem Motivasi Meniti Puncak - UKM
7. Kem Kepimpinan PPU Siri 3 - Agro Resort
8. Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
9. Kolokium , 6Bawah
10. Kelas Malam
11. Klinik ICU
12. Tutorial STPM, Dungun
13. Pertandingan Kawad Kaki Daerah
14. Kem Bestari STPM SMK Paka
15. Teknik Menjawab STPM-Geog 1-SMKDM
16. Teknik Menjawab P.Am 1
17. Jadual Anjal (2 Minggu)
18. Jamuan Perpisahan Ting. 6 Atas 2011
19. Redha Ilmu 2011

2012:
1. Kem Teknik Menjawab - Ekonomi
2. Program Menggapai Impian
3. 'Idolaku'
4. Sejenak Bersama 'Pengetua' Siri 1
5. Karnival Gerko Pra U Dungun
6. Kelas Bimbingan (mingguan)

Link Berkaitan

Followers

Carian

Thank You Allah

Renung Sejenak

"Perumpamaan(nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah adalah ibarat sebutir benih yang menumbuhkan 7 bulir, pada tiap2 bulir terdapat seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui"