~ Sehasrat Ke Puncak Jaya ~

Satu Matlamat, Satu Tujuan, Satu Impian...ke Menara Gading!

BM 2 /P.Am2 STPM - Hidroponik

HIDROFONIK
 “Kaedah penanaman hidrofonik telah mula diperkenalkan di negara ini. Kaedah ini tidak memerlukan ruang tanah yang luas manakala mutu yang dihasilkan setanding dengan kaedah penanaman biasa”.Pada pendapat anda wajarkah kaedah pertanian tersebut dipraktikkan secara meluas di negara ini ?. 
 Pengenalan
1. Jimat tanah.
2. Bersih
3. Mudah kendali, kos rendah.
4. Usaha individu.
5. Hutan disimpan. 
Penutup                             
 Corak pertanian hidrofonik masih baru di Malaysia. Ia merupakan satu kaedah penanaman tanpa menggunakan tanah kerana tanaman ditanam di atas rak-rak manakala bahan-bahan keperluan dibekalkan oleh cecair yang diadun secara khas. Sebenarnya, pertanian hidrofonik ini mempunyai potensi yang besar dari segi ekonomi. Kaedah penanaman ini boleh membawa satu revolusi dalam pertanian di negara ini.                             
Kaedah penanaman hidrofonik patut diusahakan secara meluas kerana kaedah ini membawa pelbagai kebaikan dan kemajuan. Pertama, cara pertanian ini terbukti menjimatkan ruang. Jumlah tanaman yang dapat diusahakan menjadi berlipat ganda dalam kawasan yang tidak begitu luas kerana rak-rak boleh dibina bertingkat-tingkat. Ini membawa harapan kepada petani yang mempunyai jumlah tanah terhad. Hasil tanaman mereka dijangka meningkat sekiranya pertanian jenis ini diusahakan.            
 Selain itu, kaedah tanaman ini juga merupakan satu kaedah pertanian yang menjamin kebersihannya. Oleh sebab tanah tidak diperlukan, banyak penyakit tumbuh-tumbuhan seperti penyakit akar dapat dielakkan. Dengan itu cara penanaman ini menjanjikan satu kadar tumbesaran yang lebih cepat dan sihat. Pada masa yang sama, mutu tanaman akan turut meningkat.                             
 Di samping itu, corak pertanian hidrofonik mudah dikendalikan. Penyiraman tanah tidak perlu dilakukan setiap hari. Air yang mengandungi pelbagai nutrien hanya perlu ditambah apabila aras air pada rak-rak turun ke suatu tahap tertentu. Kandungan nutrien dan zat-zat makanan lain dapat diadun dengan mudah mengikut keperluan jenis tanaman yang ditanam dan ia boleh disalurkan kepada rak-rak melalui paip. Pengemburan racun-racun serangga senang dijalankan dengan belanja yang minimun kerana pembaziran dapat dikurangkan. Pendek kata, kos pengedalian tapak tanaman akan dapat dikurangkan dengan pengenalan pertanian secara hidrofonik.                             
Oleh sebab kaedah hidrofonik memerlukan ruang yang sedikit, rumah-rumah khas dapat dibina. Tanam-tanaman hawa sederhana seperti  daun salad dan tomato dapat diusahakan di dalam rumah-rumah ini. Ini merupakan satu kemajuan satu kemajuan dari segi pertanian yang boleh mengurangkan pergantungan kita kepada import sayur-sayuran dari luar negeri. Selain itu, kaedah hidrofonik ini boleh dipraktikkan juga oleh orang ramai bagi pelbagai jenis tanaman di halaman rumah. Dengan cara ini orang ramai boleh mendapat sebahagian daripada bekalan sayur-sayuran mereka melalui usaha sendiri.                             
 Walaupun Malaysia masih mempunyai kawasan tanah dan hutan yang luas tetapi khazanah ini harus dipelihara.Dengan mempopularkan kaedah tanaman hidrofonik, kawasan hutan tidak perlu ditebangkan secara keterlaluan untuk menyediakan tanah pertanian. Langkah ini akan mengelakkan pencemaran dan menjamin keharmonian sisten ekologi.                             
Kaedah pertanian hidrofonik menjanjikan harapan yang begitu tinggi. Hasil pertanian negara, khasnya sayur- sayuran akan bertambah untuk menampung penduduk dan seterusnya mengurangkan pengimportan sayur-sayuran dari luar negeri. Bidang pertanian Malaysia akan memasuki satu era baru dengan bantuan kaedah pertanian ini.    

0 comments:

Post a Comment

Islamic Calendar

~ Kata Aluan Dari PKT6 ~

~ Kata Aluan Dari PKT6 ~
Assalamualaikum
dan salam sejahtera buat semua...
Alhamdulillah,akhirnya blog ini sempat juga direalisasikan sebelum pelajar tingkatan 6 bawah mendaftar, iaitu pada 9 Mei 2010 nanti. Insyaallah pada hari pendaftaran tersebut, blog ini akan dilancarkan.....semoga blog ini akan memberi input kepada semua guru dan pelajar PPU khususnya...

Sejarah PPUSMKPaka

PPU SMK Paka mula beroperasi pada tahun 2003.

Sekolah ini memperuntukkan 2 kelas 6 bawah aliran kemanusiaan. Kedua-dua kelas 6 Bawah mewajibkan pengambilan mata pelajaran teras iaitu P.A dan Bahasa Melayu.

Mata pelajaran elektif bagi kelas 6B1 ialah Geografi dan Ekonomi manakala Kelas 6B2 pula menawarkan Sejarah dan Pengajian Perniagaan.

SEJARAH PENUBUHAN BLOG PPUSMKPaka
- diilhamkan oleh Cikgu Che Saniah bt. Hanapi
- dibina menggunakan halaman Blogger.com
-
tarikh mula dimasukkan entry pertama ialah pada 07 Mei 2010
- perasmian pada 09 Mei 2010

Profil Diri PKT6

My photo
Anak kelahiran Kelantan. Anak sulung perempuan daripada 8 beradik. Pengalaman mengajar: 1996-1998 SMK Damansara Utama 1999-2001 SMK Dengkil 2001-2002 SMK Paka 2002-2003 SMK Seri Paka 2003-kini SMK Paka. Mula mengajar tingkatan 6 pada bulan Jun 2003 bagi subjek Peng.Am 2,kemudian subjek B.Melayu 2 pada tahun 2005. Ditawarkan sebagai PKT6 pada 1 April 2009

Tips Peperiksaan

Tips peperiksaan bulan ini.. dapatkan sekarang.

Ruang Sembang

XTVT's

2011:
1. Program 'Menggapai Impian'-SPM&PPU- SMK Paka
2. Kem Teknik Menjawab -Geografi- SMKTIZ
3. Kem Elit Daerah Dungun
4. Pendaftaran Pelajar PPU (bawah) - SMK Paka
5. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah - SMK Paka
6. Kem Motivasi Meniti Puncak - UKM
7. Kem Kepimpinan PPU Siri 3 - Agro Resort
8. Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
9. Kolokium , 6Bawah
10. Kelas Malam
11. Klinik ICU
12. Tutorial STPM, Dungun
13. Pertandingan Kawad Kaki Daerah
14. Kem Bestari STPM SMK Paka
15. Teknik Menjawab STPM-Geog 1-SMKDM
16. Teknik Menjawab P.Am 1
17. Jadual Anjal (2 Minggu)
18. Jamuan Perpisahan Ting. 6 Atas 2011
19. Redha Ilmu 2011

2012:
1. Kem Teknik Menjawab - Ekonomi
2. Program Menggapai Impian
3. 'Idolaku'
4. Sejenak Bersama 'Pengetua' Siri 1
5. Karnival Gerko Pra U Dungun
6. Kelas Bimbingan (mingguan)

Link Berkaitan

Followers

Carian

Thank You Allah

Renung Sejenak

"Perumpamaan(nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah adalah ibarat sebutir benih yang menumbuhkan 7 bulir, pada tiap2 bulir terdapat seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui"