~ Sehasrat Ke Puncak Jaya ~

Satu Matlamat, Satu Tujuan, Satu Impian...ke Menara Gading!

SIFIR TANGGA GAJI SBPA DG41, DG44, DG48, DG52 Dan DG54


Pekeliling SBPA telah dikeluarkan secara rasmi di laman khas JPA bagi Saraan Baru perkhdimatan Awam (Skim SBPA ini). Walaubagaimanapun, lampiran C yang melibatkan tangga gaji baru 2012 SBPA masih belum ada lagi.

DASAR PEMISAH (EXIT POLICY)

67. Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.

Link JPA:

Jadual Pemindahan Gaji
Fail yang boleh di muat turun adalah seperti berikut:
  • Fail 1: Dasar Baru Perkhidmatan dan Opsyen SBPA
  • Fail 2: Persaraan dan Faedah Persaraan
  • Fail 3: Perlaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam
  • Fail 4: Struktur Perkhidmatan

Antara Kandungan Pekeliling SBPA 2012 ini yang dianggap penting & menarik perhatian kami ialah :

STRUKTUR TANGGA GAJI

Gaji Single Point

27. Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi Jawatan Premier di bawah Kumpulan Premier.

28. Gaji Minimum – Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas di bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Gaji Sebaris

29. Jadual Gaji Sebaris (JGS) adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.

30. Struktur JGS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
  • matagaji mengikut susunan Tangga (T) dalam sebaris bagi setiap gred gaji. 
  • bilangan Tangga (T) yang sama di gred gaji yang sama dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan. 
  • kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang sama bagi setiap gred yang setaraf dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan dengan pola peningkatan KGT lebih baik berbanding gred lebih rendah.
31. JGS untuk skim perkhidmatan tetap adalah seperti di Lampiran C1 manakala JGS untuk skim perkhidmatan jumud di bawah SBPA adalah seperti di Lampiran C2.
Prinsip Pemindahan Gaji

32. Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir diterima di gred gaji asal kepada matagaji tertinggi berhampiran dalam JGS, di mana perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal.
Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji

33. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, pegawai diberikan satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.

34. Bagi pegawai yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, pegawai diberikan kuantum satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.

35. Pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara SBPA terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.

36. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 33, 34, dan 35 adalah seperti di Lampiran C3.

37. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober adalah dikekalkan.

38. Pemindahan JGM kepada JGS tidak mengubah TPG pegawai kecuali dalam keadaan berikut:
  • pegawai yang telah berada di matagaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari.
  •  pegawai yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada dua (2) atau lebih matagaji JGM kepada satu (1) matagaji baru yang sama di JGS. TPG pegawai ditetapkan kepada TPG baru.

39. Jadual pemindahan JGM kepada JGS dan penetapan TPG adalah seperti berikut:
  • Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Tetap. Lampiran C4
  • Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C5
  • Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C6
  • Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C7
  • Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C8

Pergerakan Gaji Tahunan

40. Di bawah SBPA hanya satu (1) jenis Pergerakan Gaji Tahunan diberikan iaitu Pergerakan Gaji Biasa. Pegawai yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan tidak layak menerima pergerakan gaji. Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2012 hendaklah diberi mengikut TPG yang telah ditetapkan seperti di perenggan 37, 38 dan 39.

Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang

41. Mulai pelaksanaan SBPA, tiada lagi Jadual Gaji KUP diwujudkan untuk kes-kes kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan, pertukaran sementara, peminjaman, pertukaran tetap dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Bagi kes-kes tersebut, penetapan/ tawaran gaji adalah tertakluk kepada gaji maksimum JGS di gred yang ditawarkan.

42. Bagi tujuan tawaran opsyen SBPA kepada pegawai yang berada di jadual gaji SSM secara KUP, pemindahan gaji hendaklah dilaksanakan seperti mana pegawai yang berada di matagaji maksimum di bawah SSM mengikut prinsip-prinsip seperti di perenggan 34 dan 38.1.

43. Ketua Jabatan hendaklah memohon Jadual Pemindahan Gaji daripada JPA (Bahagian Saraan) bagi keadaan berikut:
  • pegawai yang gajinya tidak diperuntukkan dalam Jadual Pemindahan Gaji di Lampiran C4 hingga Lampiran C8.
  • pegawai yang berada dalam keadaan di perenggan 42 di atas.
  • pegawai yang gajinya di bawah Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 (Laporan JKK 1976) dan Sistem Saraan Baru (SSB) yang menerima tawaran opsyen SBPA.
    Pegawai Lantikan Sementara dan Kontrak (Contract of Service)
44. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya kekal di bawah SBPA akan diselaraskan gajinya mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA.

45. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya dijumudkan melalui penggabungan/ naik taraf/ penarafan semula/ pemansuhan fungsi di bawah SBPA, pelantikan semula perlu dibuat dengan Ketua Jabatan mengemukakan terus kepada Pihak Berkuasa Melantik mengikut baki tempoh perkhidmatan sedia ada. Penetapan gaji pegawai yang memenuhi syarat skim perkhidmatan baru ditentukan mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA. Bagi pegawai yang dilantik ke skim perkhidmatan baru yang syarat kelayakan masuknya ditingkatkan dan pegawai tidak mempunyai kelayakan yang ditetapkan, pemindahan gaji pegawai adalah mengikut kaedah penetapan gaji pegawai yang belum memenuhi syarat.

46. Kaedah ini tidak terpakai bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service) yang jawatannya dijadikan jawatan dalam Kumpulan Premier.


Sbpa gaji guru

0 comments:

Post a Comment

Islamic Calendar

~ Kata Aluan Dari PKT6 ~

~ Kata Aluan Dari PKT6 ~
Assalamualaikum
dan salam sejahtera buat semua...
Alhamdulillah,akhirnya blog ini sempat juga direalisasikan sebelum pelajar tingkatan 6 bawah mendaftar, iaitu pada 9 Mei 2010 nanti. Insyaallah pada hari pendaftaran tersebut, blog ini akan dilancarkan.....semoga blog ini akan memberi input kepada semua guru dan pelajar PPU khususnya...

Sejarah PPUSMKPaka

PPU SMK Paka mula beroperasi pada tahun 2003.

Sekolah ini memperuntukkan 2 kelas 6 bawah aliran kemanusiaan. Kedua-dua kelas 6 Bawah mewajibkan pengambilan mata pelajaran teras iaitu P.A dan Bahasa Melayu.

Mata pelajaran elektif bagi kelas 6B1 ialah Geografi dan Ekonomi manakala Kelas 6B2 pula menawarkan Sejarah dan Pengajian Perniagaan.

SEJARAH PENUBUHAN BLOG PPUSMKPaka
- diilhamkan oleh Cikgu Che Saniah bt. Hanapi
- dibina menggunakan halaman Blogger.com
-
tarikh mula dimasukkan entry pertama ialah pada 07 Mei 2010
- perasmian pada 09 Mei 2010

Profil Diri PKT6

My photo
Anak kelahiran Kelantan. Anak sulung perempuan daripada 8 beradik. Pengalaman mengajar: 1996-1998 SMK Damansara Utama 1999-2001 SMK Dengkil 2001-2002 SMK Paka 2002-2003 SMK Seri Paka 2003-kini SMK Paka. Mula mengajar tingkatan 6 pada bulan Jun 2003 bagi subjek Peng.Am 2,kemudian subjek B.Melayu 2 pada tahun 2005. Ditawarkan sebagai PKT6 pada 1 April 2009

Tips Peperiksaan

Tips peperiksaan bulan ini.. dapatkan sekarang.

Ruang Sembang

XTVT's

2011:
1. Program 'Menggapai Impian'-SPM&PPU- SMK Paka
2. Kem Teknik Menjawab -Geografi- SMKTIZ
3. Kem Elit Daerah Dungun
4. Pendaftaran Pelajar PPU (bawah) - SMK Paka
5. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah - SMK Paka
6. Kem Motivasi Meniti Puncak - UKM
7. Kem Kepimpinan PPU Siri 3 - Agro Resort
8. Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
9. Kolokium , 6Bawah
10. Kelas Malam
11. Klinik ICU
12. Tutorial STPM, Dungun
13. Pertandingan Kawad Kaki Daerah
14. Kem Bestari STPM SMK Paka
15. Teknik Menjawab STPM-Geog 1-SMKDM
16. Teknik Menjawab P.Am 1
17. Jadual Anjal (2 Minggu)
18. Jamuan Perpisahan Ting. 6 Atas 2011
19. Redha Ilmu 2011

2012:
1. Kem Teknik Menjawab - Ekonomi
2. Program Menggapai Impian
3. 'Idolaku'
4. Sejenak Bersama 'Pengetua' Siri 1
5. Karnival Gerko Pra U Dungun
6. Kelas Bimbingan (mingguan)

Link Berkaitan

Followers

Carian

Thank You Allah

Renung Sejenak

"Perumpamaan(nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah adalah ibarat sebutir benih yang menumbuhkan 7 bulir, pada tiap2 bulir terdapat seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui"