Surah Al-Hujarat, ayat 6 bermaksud: “Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, selidiki kebenarannya supaya kamu tidak menyampaikan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.”
Janganlah kita tergolong kiranya dalam orang menyebar fitnah. Begitu juga komen terbuka yang boleh memercik api permusuhan sesama kita.
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Hujarat, ayat 12, bahawasanya: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah kamu mengumpat yang lain.
“Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang mati? Sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha penerima taubat dan Maha penyayang.” Tiga khalifah Islam iaitu Khalifah Umar ibnu Khattab RA, Khalifah Othman bin Affan RA dan Khalifah Ali bin Abi Thalib RA terkorban kerana penangan fitnah.
Allah SWT meletakkan dosa fitnah lebih besar daripada membunuh (manusia yang tak bersalah), menerusi firmanNya bermaksud: “Berbuat fitnah lebih besar dosa daripada membunuh.” (Surah Al-Baqarah, ayat 217).
Sama-samalah kita gunakan manfaat teknologi sebagai alat bantu untuk kebaikan diri kita dan insan lain.
Nigerian workers strike over cost of living crisis
-
[ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]
1 year ago
0 comments:
Post a Comment