HIDROFONIK
“Kaedah penanaman hidrofonik telah mula diperkenalkan di negara ini. Kaedah ini tidak memerlukan ruang tanah yang luas manakala mutu yang dihasilkan setanding dengan kaedah penanaman biasa”.Pada pendapat anda wajarkah kaedah pertanian tersebut dipraktikkan secara meluas di negara ini ?.
Pengenalan
1. Jimat tanah.
2. Bersih
3. Mudah kendali, kos rendah.
4. Usaha individu.
5. Hutan disimpan.
Penutup
Corak pertanian hidrofonik masih baru di Malaysia. Ia merupakan satu kaedah penanaman tanpa menggunakan tanah kerana tanaman ditanam di atas rak-rak manakala bahan-bahan keperluan dibekalkan oleh cecair yang diadun secara khas. Sebenarnya, pertanian hidrofonik ini mempunyai potensi yang besar dari segi ekonomi. Kaedah penanaman ini boleh membawa satu revolusi dalam pertanian di negara ini.
Kaedah penanaman hidrofonik patut diusahakan secara meluas kerana kaedah ini membawa pelbagai kebaikan dan kemajuan. Pertama, cara pertanian ini terbukti menjimatkan ruang. Jumlah tanaman yang dapat diusahakan menjadi berlipat ganda dalam kawasan yang tidak begitu luas kerana rak-rak boleh dibina bertingkat-tingkat. Ini membawa harapan kepada petani yang mempunyai jumlah tanah terhad. Hasil tanaman mereka dijangka meningkat sekiranya pertanian jenis ini diusahakan.
Selain itu, kaedah tanaman ini juga merupakan satu kaedah pertanian yang menjamin kebersihannya. Oleh sebab tanah tidak diperlukan, banyak penyakit tumbuh-tumbuhan seperti penyakit akar dapat dielakkan. Dengan itu cara penanaman ini menjanjikan satu kadar tumbesaran yang lebih cepat dan sihat. Pada masa yang sama, mutu tanaman akan turut meningkat.
Di samping itu, corak pertanian hidrofonik mudah dikendalikan. Penyiraman tanah tidak perlu dilakukan setiap hari. Air yang mengandungi pelbagai nutrien hanya perlu ditambah apabila aras air pada rak-rak turun ke suatu tahap tertentu. Kandungan nutrien dan zat-zat makanan lain dapat diadun dengan mudah mengikut keperluan jenis tanaman yang ditanam dan ia boleh disalurkan kepada rak-rak melalui paip. Pengemburan racun-racun serangga senang dijalankan dengan belanja yang minimun kerana pembaziran dapat dikurangkan. Pendek kata, kos pengedalian tapak tanaman akan dapat dikurangkan dengan pengenalan pertanian secara hidrofonik.
Oleh sebab kaedah hidrofonik memerlukan ruang yang sedikit, rumah-rumah khas dapat dibina. Tanam-tanaman hawa sederhana seperti daun salad dan tomato dapat diusahakan di dalam rumah-rumah ini. Ini merupakan satu kemajuan satu kemajuan dari segi pertanian yang boleh mengurangkan pergantungan kita kepada import sayur-sayuran dari luar negeri. Selain itu, kaedah hidrofonik ini boleh dipraktikkan juga oleh orang ramai bagi pelbagai jenis tanaman di halaman rumah. Dengan cara ini orang ramai boleh mendapat sebahagian daripada bekalan sayur-sayuran mereka melalui usaha sendiri.
Walaupun Malaysia masih mempunyai kawasan tanah dan hutan yang luas tetapi khazanah ini harus dipelihara.Dengan mempopularkan kaedah tanaman hidrofonik, kawasan hutan tidak perlu ditebangkan secara keterlaluan untuk menyediakan tanah pertanian. Langkah ini akan mengelakkan pencemaran dan menjamin keharmonian sisten ekologi.
Kaedah pertanian hidrofonik menjanjikan harapan yang begitu tinggi. Hasil pertanian negara, khasnya sayur- sayuran akan bertambah untuk menampung penduduk dan seterusnya mengurangkan pengimportan sayur-sayuran dari luar negeri. Bidang pertanian Malaysia akan memasuki satu era baru dengan bantuan kaedah pertanian ini.
Nigerian workers strike over cost of living crisis
-
[ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]
1 year ago
0 comments:
Post a Comment