16 Mei...saat inilah yang ditunggu-tunggu oleh semua guru...untuk merayakan hari 'kebesaran'kepada seseorang yang bergelar GURU. Tibanya hari ini kusambut dengan mengucap berbanyak syukur kepada yang ESA kerana masih lagi diberi peluang dan ruang untuk menyedut udaraNya,malahan dapat meraikannya bersama teman dan sahabat handai...individu pertama yang mengucapkan Selamat Hari Guru kepadaku ialah suami tercinta.
Sambutan hari guru di SMK Paka meriah dengan sedikit kelainan pada tahun ini...sesi pertama dimulakan dengan perhimpunan di Dataran sekolah, kemudian diteruskan dengan permainan untuk semua guru yang dikendalikan oleh pelajar PPU SMK Paka dengan kerjasama MGK sekolah...alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Sesi kedua ialah acara makan2 diDewan Seri Cempaka, manakala semua pelajar juga diberi makanan percuma bertempat di kantin sekolah...
Sesi ketiga pula ialah perarakan semua guru dari Dewan Seri Cempaka ke Dewan Seri Gemilang, dengan sajian paluan kompang berformasi oleh kumpulan kompang sekolah, ditambah dengan pasukan bungga manggar dan hulubalang ...setibanya di DSG, kami disambut pula oleh pelajar PPU yang sedia menanti dengan cenderahati untuk semua guru.
Sesi seterusnya ialah acara dewan yang juga dikendalikan oleh pelajar PPU, dimulai dengan persembahan silat Lang Putih oleh pasukan silat sekolah. Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu sekolah. Perutusan daripada pihak Kementerian Pelajaran juga dibacakan untuk semua pelajar. Seterusnya, acara diserikan lagi dengan persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan Lagu "Guru Pembina Budaya Bangsa" oleh semua guru...Lagu kedua dinyanyikan sebanyak 2 kali untuk menunaikan permintaan para pelajar...menghiburkan!
Pengetua sekolah juga diberi penghormatan untuk memeriahkan majlis dengan upacara memotong riben dan melekatkannya ke atas kad ucapan gergasi hasil karya Badan Pengawas...kemudian,giliran para pelajar pula membuat persembahan untuk santapan mata dan telinga semua...
Penganugerahan sijil penghargaan kepada guru terpilih merupakan 'kejutan' kepada semua guru...terasa diri sangat 'dihargai'!
Majlis diakhiri dengan perarakan keluar guru dari DSG dengan iringan paluan kompang...perasaan bercampur baur...sayu, seronok, sedih, gembira dan segala macam...
Nigerian workers strike over cost of living crisis
-
[ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]
1 year ago
0 comments:
Post a Comment