JUSTIFIKASI MENOLAK PENGGUNAAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA BAGI MENGGANTIKAN ISTILAH BAHASA MELAYU (untuk Jawatankuasa Memertabatkan Bahasa Melayu)
Labels: Info Pengurusan
MAKLUMAN : SEMAKAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 BAWAH 2011 SECARA 'ON-LINE'
Labels: Info Pengurusan
R&D-KAEDAH PENULISAN ILMIAH
Labels: Tips Peperiksaan
R&D-Cara Menulis Abstrak
Abstrak yang mempunyai makna adalah sebuah paragraph yang mencakup atau ringkasan awal dari sebuah laporan atau tulisan ilmiah. Abstrak, menurut American National Standards Institute (1979), definisi abstrak adalah representasi dari isi dokumen yang singkat dan tepat. Sedangkan menurut definisi umum, abstrak merupakan bentuk ringkas dari isi suatu dokumen yang terdiri atas bagian-bagian penting dari suatu tulisan, dan mendeskripsikan isi dan cakupan dari tulisan. Abstrak berfungsi untuk menjelaskan secara singkat kepada pembaca tentang apa yang terdapat dalam suatu tulisan. Pada umumnya abstrak diletakkan pada bagian awal sebelum bab-bab penguraian.
Dua konsep utama dalam membuat abstrak:
- Conciseness
- Significance
- Current awareness: memudahkan para pembaca untuk mendapatkan informasi terbaru tentang suatu bidang yang diminati, tanpa harus membaca seluruh isi dokumen
- Menghemat waktu pembaca
- Melanjutkan membaca atau tidak ?
- Menghindari terjadi duplikasi tulisan
- Keyword : memudahkan dalam penyimpanan secara elektronis
- Tujuan (Purpose)
o Apa ide utama (main idea) dari penulis ?
- Cakupan (Scope)
o Dimana yang menjadi konsentrasi dari penulis ?
- Metode (Method)
o Bagaimana penulis meyakinkan pembaca tentang validitas dari ide utamanya ?
- Hasil (result)
- Rekomendasi (recommendations)
o Apakah penulis merekomendasikan perubahan atau aksi tertentu ?
- Kesimpulan (conclusions)
o Apa kesimpulan yang dibuat oleh penulis dari studi yang dilakukannya
Dalam penulisan sebuah abstrak tentu gaya setiap orang berbeda-beda antara penulis yang satu dengan penulis yang lain, namun secara umum abstrak, menurut sifatnya, terbagi atas abstrak yang bersifat deskriptif yang dalam Bahasa Inggris disebut Abstract dan abstrak yang bersifat informatif. Abstrak informatif terbagi menjadi ringkasan (precise) dan ikhtisar (summary). Dalam tulisan ilmiah yang disusun untuk memperoleh gelar lewat penelitian seperti skripsi, tesis dan disertasi, umumnya jenis abstrak yang digunakan adalah yang berwujud ringkasan, sedangkan ikhtisar lebih banyak digunakan pada tulisan ilmiah yang diterbitkan dalam bentuk buku
Saya ucapkan banyak terima kasih ke sumber referensi yang saya gunakan berikut ini (mohon maaf jika tidak meminta persetujuan terlebih dahulu

http://staf.cs.ui.ac.id/WebKuliah/Scientific-Writing/Abstrak.ppt
http://lecturer.ukdw.ac.id/othie/Abstrak-kesimp-saran.pdf
Labels: Tips Peperiksaan
BM2 STPM-Bahagian A (Karangan)
Anda dikehendaki menulis satu karangan antara 650 - 700 patah perkataan. Karangan anda jangan kurang dari 650 patah kata dan tidak melebihi 700 patah kata.
Terdapat 3 unsur utama dalam penulisan karangan iaitu, pendahuluan, isi-isi dan penutup.
Pendahuluan :- perlu mengandungi 4 aspek,
- Latar belakang tajuk.
- Mengandungi data atau statistik
- Pendapat tokoh atau berita dari media massa.
- Ayat akhir yang menjurus kepada tajuk karangan.
Isi-isi karangan:-
- Anda perlu mendapatkan 5 isi dan setiap isi dibuat dalam 5 perenggan.
- Setiap perenggan isi perlu mengandungi ayat tajuk, ayat sokongan atau huraian dan akhir sekali disertai dengan contoh atau bukti.
- Penutup juga perlu di tulis antara 90 -100 patah kata.
- Ayat dibina dalam bentuk mengulas tajuk atau membuat ulasan penutup pada tajuk karangan.
- Ada juga mengandungi unsur cadangan dan harapan.
( Sumber daripada : Tuan Haji Shukor bin Ahmad - SMK Tun Mamat, Ledang )
Labels: Tips Peperiksaan
BM2 STPM-Teknik Membina Rumusan yang Baik
1. Baca teks dengan teliti sambil memahami isi kandungan teks tersebut.
2. Isi Utama ( IU ) hendaklah dicari dalam perenggan pertama teks.
3. Isi Sokongan (IS ) di perolehi pada perenggan yang berikutnya. Lazimnya satu perenggan, satu isi sokongan.
4. Kesimpulan pula di dapati pada perenggan terakhir setiap teks walaupun perenggan akhir itu berupa rumusan dari teks.
TEKNIK MENULIS RUMUSAN.
1.Rumusan hendaklah ditulis dalam tiga perenggan.
2. Perenggan pertama untuk isi Utama, perenggan ke dua untuk Isi Sokongan dan perenggan ke tiga untuk kesimpulan.
3. Persembahan isi Utama dan sokongan memerlukan pengolahan dan penulisan ayat-ayat sendiri asalkan tidak lari dari maksud sebenar. Penulis tidak perlu menambah isi dengan isi tersirat ( seperti rumusan SPM). Tumpuan pada olahan dengan gaya bahasa sendiri.
4. Jangan menyalin teks bulat-bulat tetapi calon boleh menggunakan beberapa istilah yang digunakan dalam tek tersebut.
( Sumber daripada : Tuan Haji Shukor bin Ahmad, SMK Tun Mamat, Tangkak )
Labels: Tips Peperiksaan
BM2 STPM-Maklumat dan Teknik Menjawab Bahagian C (Alih Bahasa)
Bahagian ini, dua petikan teks yang setiap satu panjangnya 120 hingga 150 patah perkataan akan dikemukakan. Calon dikehendaki memilih salah satu teks dan mengalihkan bentuk teks tersebut mengikut arahan soalan.
Calon dikehendaki mengubah pelbagai bentuk teks dengan mengekalkan kandungan asal sepenuhnya.
Bahan yang dikemukakan adalah bahan;
- Puisi Melayu lama / syair
- Puisi Melayu moden / sajak (bukan jenis absard)
- Prosa klasik
- Prosa moden - cerpen, novel, drama.
- Pelbagai laras moden - iklan, dokumen undang-undang, memorandum
- Memahami kandungan teks asal.
- Menyampaikan kandungan teks asal ke dalam bentuk yang dikehendaki.
- Menggunakan gaya dan laras bahasa yang sesuai.
- Menggunakan semua aspek struktur bahasa dengan betul dan tepat.
Penilaian ?
Penilaian dilakukan berasaskan kepada,
- Ketepatan isi.
- Penggunaan bahasa yang baik dan betul.
- Penilaian kepada - Isi (I) dan Persembahan (P).
- Markah isi = 5 markah.
- Markah persembahan = 10 markah.
Labels: Tips Peperiksaan
Tan Sri Mokhtar Al -Bukhary & Prinsip Kejayaannya
Labels: Dari Meja PKT6
Akan kugapai 'impian' itu...
Program Menggapai Impian
Tarikh: 28/03/2011
Lokasi: Dewan Seri Cempaka, SMK Paka
Calon2 STPM dan SPM 2011 |
Labels: Galeri Aktiviti