~ Sehasrat Ke Puncak Jaya ~

Satu Matlamat, Satu Tujuan, Satu Impian...ke Menara Gading!

Persediaan Menghadapi Peperiksaan


Sebelum Peperiksaan

Elakkan konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi.
Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan matapelajaran.
Ulangkaji nota secara konsisten.
Bina dan jawab soalan daripada nota.
Berjumpa dan berbincang dengan guru bagi mengenalpasti teknikmenjawab soalan.
Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secarakonsisten.
Jadi guru dan ajar rakan-rakan anda berkaitan sesuatu topik.
Dapatkan jadual peperiksaansemak dengan rakan bagi memastikan tarikh,masa dan mata pelajaran tepat.
Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas.


Pada Hari Peperiksaan


Tidur secukupnya pada malam sebelum hari peperiksaan.
Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan.
Datang awal ke dewan peperiksaan.
Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan pada saat akhirbersama-sama rakan.
Berfikiran positif dan bersikap optimis.
Bercakap dengan rakan sekiranya ia dapat memberikan ketenangan kepadaanda.

Semasa Peperiksaan
Hadapi peperiksaan dengan perasaan yakin diri.
Baca arahan dengan teliti.
Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendakmelakukannya.
Baca setiap soalan dengan teliti.
Gariskan perkataan yang penting dalam soalan.
Uruskan masa bagi menjawab dan menyemak jawapan bagi setiap soalan.
Jawab soalan yang mudah  terlebih dahulu sebelum memberikan perhatianpada soalan yang sukar.
Lakarkan jawapan dengan menggunakan peta minda dan pastikan dapatmemenuhi kehendak soalan.
Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas denganmenggunakan pen berdakwat  
  terang (hitam).
Jawapan hendaklah padat dan mudah dibaca.

Selepas Peperiksaan
Elakkan daripada berbincang bersama-sama dengan rakan selepas waktupeperiksaan.
Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertaspeperiksaan yang lain.
Yakin lah bahawa anda telah membuat yang terbaik dalam peperiksaan.
Bertenang dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertaspeperiksaan yang berikutnya.

Petua Mendapat Keberkatan Menduduki Peperiksaan
Memohon keampunan dan keredhaan daripada ibu bapa dan guru sebelummenduduki peperiksaan.
Mengambil air sembahyang.
Melangkah dengan kaki kanan ke dewan peperiksaan.
Membaca Bismillah.
Membaca surah Ash-Syarh sebanyak sepuluh (10) kali sebelum mulamenjawab soalan.
Memohon doa kepada Tuhan.

Peranan Ibu Bapa
1.   Menyediakan makanan yang halalberkualiti dan bersih.
2.   Menggalakkan anak beriadah selama 20 minit 3 kali seminggu.
3.   Memastikan anak tidur secukupnya selama 6-7 jam  sehari.
4.   Memberi pengukuhan dan kekuatan rohani seperti solat hajatberdoa,dan  
       membaca Al-Quran.
5.   Memastikan anak membuat latih tubi secukupnya.
6.   Menjaga keselamatan dan kesihatan anak.

KECEMERLANGAN ADALAH PERANCANGAN

Kecemerlangan adalah hasil daripada usaha yang terancangsistematik danbersepadu
Ia menuntut komitmen dan pengorbanan daripada mana-mana pihak yang meletakkan  
kejayaan sebagai matlamat akhir daripadasesuatu usahaKejayaan dalam bidang akademik 
khususnya dalam kalangan murid perlu dijana dengan kekuatan spiritual dan penghayatankeagamaan.

Sehubungan ituamat wajar setiap murid yang bakal mendudukipeperiksaan dibimbing dengan  
kemahiran inidisamping menggalakkan para ibu bapa serta masyarakat umum terlibat sama dalam  
memberisokongandorongan dan bantuan untuk kesejahteraan minda dan 
kelestarian emosi anak-anak dalam menghadapi peperiksaan.

Islamic Calendar

~ Kata Aluan Dari PKT6 ~

~ Kata Aluan Dari PKT6 ~
Assalamualaikum
dan salam sejahtera buat semua...
Alhamdulillah,akhirnya blog ini sempat juga direalisasikan sebelum pelajar tingkatan 6 bawah mendaftar, iaitu pada 9 Mei 2010 nanti. Insyaallah pada hari pendaftaran tersebut, blog ini akan dilancarkan.....semoga blog ini akan memberi input kepada semua guru dan pelajar PPU khususnya...

Sejarah PPUSMKPaka

PPU SMK Paka mula beroperasi pada tahun 2003.

Sekolah ini memperuntukkan 2 kelas 6 bawah aliran kemanusiaan. Kedua-dua kelas 6 Bawah mewajibkan pengambilan mata pelajaran teras iaitu P.A dan Bahasa Melayu.

Mata pelajaran elektif bagi kelas 6B1 ialah Geografi dan Ekonomi manakala Kelas 6B2 pula menawarkan Sejarah dan Pengajian Perniagaan.

SEJARAH PENUBUHAN BLOG PPUSMKPaka
- diilhamkan oleh Cikgu Che Saniah bt. Hanapi
- dibina menggunakan halaman Blogger.com
-
tarikh mula dimasukkan entry pertama ialah pada 07 Mei 2010
- perasmian pada 09 Mei 2010

Profil Diri PKT6

My photo
Anak kelahiran Kelantan. Anak sulung perempuan daripada 8 beradik. Pengalaman mengajar: 1996-1998 SMK Damansara Utama 1999-2001 SMK Dengkil 2001-2002 SMK Paka 2002-2003 SMK Seri Paka 2003-kini SMK Paka. Mula mengajar tingkatan 6 pada bulan Jun 2003 bagi subjek Peng.Am 2,kemudian subjek B.Melayu 2 pada tahun 2005. Ditawarkan sebagai PKT6 pada 1 April 2009

Tips Peperiksaan

Tips peperiksaan bulan ini.. dapatkan sekarang.

Ruang Sembang

XTVT's

2011:
1. Program 'Menggapai Impian'-SPM&PPU- SMK Paka
2. Kem Teknik Menjawab -Geografi- SMKTIZ
3. Kem Elit Daerah Dungun
4. Pendaftaran Pelajar PPU (bawah) - SMK Paka
5. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah - SMK Paka
6. Kem Motivasi Meniti Puncak - UKM
7. Kem Kepimpinan PPU Siri 3 - Agro Resort
8. Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
9. Kolokium , 6Bawah
10. Kelas Malam
11. Klinik ICU
12. Tutorial STPM, Dungun
13. Pertandingan Kawad Kaki Daerah
14. Kem Bestari STPM SMK Paka
15. Teknik Menjawab STPM-Geog 1-SMKDM
16. Teknik Menjawab P.Am 1
17. Jadual Anjal (2 Minggu)
18. Jamuan Perpisahan Ting. 6 Atas 2011
19. Redha Ilmu 2011

2012:
1. Kem Teknik Menjawab - Ekonomi
2. Program Menggapai Impian
3. 'Idolaku'
4. Sejenak Bersama 'Pengetua' Siri 1
5. Karnival Gerko Pra U Dungun
6. Kelas Bimbingan (mingguan)

Link Berkaitan

Followers

Carian

Thank You Allah

Renung Sejenak

"Perumpamaan(nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah adalah ibarat sebutir benih yang menumbuhkan 7 bulir, pada tiap2 bulir terdapat seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui"