Sampai je kat sekolah, PK1 bagi tau kena gantikan boss utk Majlis Bersama MB T'ganu di Stadium Tertutup Tganu...alamaks!!! Nasib baik ler x payah drive sendiri coz dapat tumpang Ju yang bawak bebudak...sampai kat stadium tepat pada masanya...MB berucap kepada pelajar target Straight A's dlm PMR, SPM dan STPM...majlis berakhir lebih kurang kol 12.30...selepas selesai amik nasi masing2, kami berhenti kat tepi Pantai Batu Buruk, lunch kat situ...tapi I puasa taw! Last day! so temankan je la dieorang makan...sampai balik skul kol 2.30...naik ke bilik, siapkan folio P&P n hantar ke ofis...amik kakak n balik rumah...kol 5pm, amik suami kat tempat kejenyer...sempat lagi beli lauk pauk kat Kuala Kerteh...kol 6pm pulok, sempat pergi pantau pljr2 unit unifom berkhemah kat padang skul...kol 6.45 balik utk bbuke pose...
Bravo Guru2 SMK Paka
Alhamdulillah,
Kursus Ladap 2010 berjaya melahirkan 'blogger2' baru dalam kalangan guru SMK Paka...seronok kerana teman2 berjaya menghasilkan blog masing2 dengan penuh kreativiti...semoga semangat 'blogging' akan terus berkembang dan memberi impak positif dalam memperkembang potensi anak pelajar SMK Paka...INSYAALLAH
Walau bagaimanapun, x sempat nak 'snap' gambar kerana sibuk sangat!!! KONON!!
Labels: Dari Meja PKT6
Trial STPM Exam
Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
Hari ini akan bermula satu lagi perjuangan yang agak besar dalam hidup kalian...peperiksaan percubaan STPM, dimulai dengan Bahasa Melayu 2
Mudah-mudahan dengan kesungguhan dan keseriusan kalian, semua soalan bisa dijawab dengan baik dan bernas hendaknya.
Setelah itu, berdoalah tanpa jemu kerana sesungguhnya Allah maha mendengar terhadap segala rintihan dan doa kalian...insyaAllah
Labels: Dari Meja PKT6
Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan STPM Yayasan Terengganu
Seronoknya 12 pelajar yang mendapat RM1000.00 seorang daripada MB Terengganu,
Y.A.B Dato' Seri Haji Ahmad bin Said
Labels: Galeri Aktiviti
Detik Bersama Tuan PPD
Kunjungan Tuan PPD untuk bersua muka dengan calon STPM 2010 dan pelajar 6 Bawah 2010
~ Pusat Sumber Sekolah~
Labels: Galeri Aktiviti
