~ Sehasrat Ke Puncak Jaya ~

Satu Matlamat, Satu Tujuan, Satu Impian...ke Menara Gading!

Hilang Tak Berganti...

              Tak sanggup rasanye nak diceritakan di sini...namun naluri ini tetap juga ingin menyatakannya...kehilangan yang sememangnya dirasai oleh semua warga SMKP, sementelah guru-guru dan pelajar2 didikan arwah...TN.HJ.MOHD AZLI BIN HUSAIN...setelah kembalinya arwah ke tempat abadi..alam barzakh...pada 17/7/2011 jam 8.50 pagi
               Apa yang menjadi harapan ialah roh arwah akan ditempatkan bersama roh orang-orang mukmin...insyaallah...
               Tiada lagi gurau senda, gelak ketawa arwah yang biasanya akan 'menenangkan' jiwa cikgu2 yang tension, ...jiwa anak2 pelajar yang 'kacau' !!
               Semoga segala ilmu baik yang dicurahkan kepada anak didik akan digunakan sebaik mungkin... kerana ilmu itulah akan akan sentiasa berkembang biak dari ssatu generasi ke generasi...dan sudah tentunya setiap pahala ilmu itu akan sampai juga kepada 'pemberinya'...
               Akhir kalam, sama-samalah kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada arwah...AMIN
             

Kem Bestari STPM Peringkat SMK Paka

Tarikh: 18-21 Julai 2011
Masa : 8.00 pg - 5.00 petang
Tempat: Bilik Seminar PPU, SMK Paka
Jumlah Pelajar: 31 orang

                    Semoga kalian mendapat input terbaikkkk!!!!!! 
                                             selamat belajar

Ingatan Bersama

Surah Al-Hujarat, ayat 6 bermaksud: “Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, selidiki kebenarannya supaya kamu tidak menyampaikan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.”

  Janganlah kita tergolong kiranya dalam orang menyebar fitnah. Begitu juga komen terbuka yang boleh memercik api permusuhan sesama kita.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Hujarat, ayat 12, bahawasanya: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah kamu mengumpat yang lain.

“Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang mati? Sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha penerima taubat dan Maha penyayang.” Tiga khalifah Islam iaitu Khalifah Umar ibnu Khattab RA, Khalifah Othman bin Affan RA dan Khalifah Ali bin Abi Thalib RA terkorban kerana penangan fitnah.

Allah SWT meletakkan dosa fitnah lebih besar daripada membunuh (manusia yang tak bersalah), menerusi firmanNya bermaksud: “Berbuat fitnah lebih besar dosa daripada membunuh.” (Surah Al-Baqarah, ayat 217).

Sama-samalah kita gunakan manfaat teknologi sebagai alat bantu untuk kebaikan diri kita dan insan lain.

Puisi "Kalau Hanya Orang Suruhan"


Kalau Hanya Orang Suruhan

Apatah yang diharapkan
kalau dia hanya orang suruhan
disuruh maka dilakukan

Apatah yang diharapkan
kalau dia hanya orang suruhan
diarah maka diiyakan

Apatah yang diharapkan
kalau dia hanya orang suruhan
diancam maka dia diam

Apatah yang diharapkan
kalau dia hanya orang suruhan
dijanjikan ganjaran maka dia aman

Ada orang suruhan yang memandang pahala dan dosa
ingat akan Allah azzawajalla
maka dia orang suruhan yang berjaya

Ada orang suruhan yang yang memandang habuan dunia
kepada sesama makhluk menggantungkan nasib dan mujurnya
maka dia orang suruhan yang lagha

Setiap orang ada pilihan
menjadi orang suruhan yang berjaya
atau orang suruhan yang lagha
kerana kita pasti akan ke sana
untuk dihitung pahala dan dosa
untuk ke syurga atau ke neraka

~Kembara Bahasa~
6 Jun 2011

Tutorial STPM Daerah Dungun 2011

Tarikh: 12-14/7/2011
Masa: 8.00-3.30 petang
Tempat: SMKTIZ
Pelajar: Zarif, Kinah, Apiz, Raja, Puteri, Saiyidah, Zira dan Mizah
           (Saba, Bibi, Fazrin - calon gantian)

Setelah 2 tahun berturut2 SMK Paka dijjadikan lokasi Tutorial Daerah, maka tahun ini SMKTIZ pula mengambil tempat dan peranan...harapannya cuma satu - anak2 pelajar dapat menggunakan sepenuh peluang dan ruang yang ada dalam memantapkan lagi ilmu yang sedia ada, insyaallah...

My Bday Surprise

Cikgu, kami nak mintak cg edit R&D yer!
    Ok, masa free mai bilik cg
Mula-mula, 3 orang mai...tambah 2 lagi...tambah lagi
    Free ker ni? Aaa...
Tetiba,...happy bday to u...happy bday to u
    Alamaks!!! Oooooo...ni yang nak suruh cg edit tu yer!
Thanks...ingat jugak korang kat bday cg yer!!! bertambah tue la cg ni stahun lg...
    Doakan agar cikgu dipanjangkan lagi usia, dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat yer!


Kolokium 6B1 2011

Tajuk: PLKN
Tarikh: 4 Julai 2011
Masa: 1.20-2.00pm
Tempat: Makmal Komputer



Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Islamic Calendar

~ Kata Aluan Dari PKT6 ~

~ Kata Aluan Dari PKT6 ~
Assalamualaikum
dan salam sejahtera buat semua...
Alhamdulillah,akhirnya blog ini sempat juga direalisasikan sebelum pelajar tingkatan 6 bawah mendaftar, iaitu pada 9 Mei 2010 nanti. Insyaallah pada hari pendaftaran tersebut, blog ini akan dilancarkan.....semoga blog ini akan memberi input kepada semua guru dan pelajar PPU khususnya...

Sejarah PPUSMKPaka

PPU SMK Paka mula beroperasi pada tahun 2003.

Sekolah ini memperuntukkan 2 kelas 6 bawah aliran kemanusiaan. Kedua-dua kelas 6 Bawah mewajibkan pengambilan mata pelajaran teras iaitu P.A dan Bahasa Melayu.

Mata pelajaran elektif bagi kelas 6B1 ialah Geografi dan Ekonomi manakala Kelas 6B2 pula menawarkan Sejarah dan Pengajian Perniagaan.

SEJARAH PENUBUHAN BLOG PPUSMKPaka
- diilhamkan oleh Cikgu Che Saniah bt. Hanapi
- dibina menggunakan halaman Blogger.com
-
tarikh mula dimasukkan entry pertama ialah pada 07 Mei 2010
- perasmian pada 09 Mei 2010

Profil Diri PKT6

My photo
Anak kelahiran Kelantan. Anak sulung perempuan daripada 8 beradik. Pengalaman mengajar: 1996-1998 SMK Damansara Utama 1999-2001 SMK Dengkil 2001-2002 SMK Paka 2002-2003 SMK Seri Paka 2003-kini SMK Paka. Mula mengajar tingkatan 6 pada bulan Jun 2003 bagi subjek Peng.Am 2,kemudian subjek B.Melayu 2 pada tahun 2005. Ditawarkan sebagai PKT6 pada 1 April 2009

Tips Peperiksaan

Tips peperiksaan bulan ini.. dapatkan sekarang.

Ruang Sembang

XTVT's

2011:
1. Program 'Menggapai Impian'-SPM&PPU- SMK Paka
2. Kem Teknik Menjawab -Geografi- SMKTIZ
3. Kem Elit Daerah Dungun
4. Pendaftaran Pelajar PPU (bawah) - SMK Paka
5. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah - SMK Paka
6. Kem Motivasi Meniti Puncak - UKM
7. Kem Kepimpinan PPU Siri 3 - Agro Resort
8. Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
9. Kolokium , 6Bawah
10. Kelas Malam
11. Klinik ICU
12. Tutorial STPM, Dungun
13. Pertandingan Kawad Kaki Daerah
14. Kem Bestari STPM SMK Paka
15. Teknik Menjawab STPM-Geog 1-SMKDM
16. Teknik Menjawab P.Am 1
17. Jadual Anjal (2 Minggu)
18. Jamuan Perpisahan Ting. 6 Atas 2011
19. Redha Ilmu 2011

2012:
1. Kem Teknik Menjawab - Ekonomi
2. Program Menggapai Impian
3. 'Idolaku'
4. Sejenak Bersama 'Pengetua' Siri 1
5. Karnival Gerko Pra U Dungun
6. Kelas Bimbingan (mingguan)

Link Berkaitan

Followers

Carian

Thank You Allah

Renung Sejenak

"Perumpamaan(nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah adalah ibarat sebutir benih yang menumbuhkan 7 bulir, pada tiap2 bulir terdapat seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui"