~ Sehasrat Ke Puncak Jaya ~

Satu Matlamat, Satu Tujuan, Satu Impian...ke Menara Gading!

Sambutan Hari Guru 2010

Guru Pembina Budaya Bangsa






Guru sedang bersiap sedia untuk memulakan 
permainan











Awok-awok PPU yang bersedia 
berkhidmat 








Pertandingan menjaringkan 
bola ragbi
-Go Kamal Go-










Magic Straw- group Cg.Dah menang













Formasi paluan kompang
mengiringi guru2 ke DSG










Pasukan Silat Lang Putih











Seniey n Su mengacara majlis hari guru











Tuan Pengetua mendeklamasi sajak 
khas untuk guru

Pendaftaran n Jalinan Kasih Tg.6 Bawah

Jalinan Kasih Tg.6 Bawah dimulakan dengan Pendaftaran, kemudian disusuli dengan "Ice Breaking"...Hari Kedua pula diadakan taklimat setiap mata pelajaran. Slot 'Idolaku' pula menyusul dengan kedatangan 3 orang bekas pelajar terbaik STPM 2009. Taklimat HEM & Kokurikulum juga diberi kepada pelajar...Majlis diakhiri dengan perasmian penutup oleh Tuan Pengetua

Selamat Hari Guru

16 Mei...saat inilah yang ditunggu-tunggu oleh semua guru...untuk merayakan hari 'kebesaran'kepada seseorang yang bergelar GURU. Tibanya hari ini kusambut dengan mengucap berbanyak syukur kepada yang ESA kerana masih lagi diberi peluang dan ruang untuk menyedut udaraNya,malahan dapat meraikannya bersama teman dan sahabat handai...individu pertama yang mengucapkan Selamat Hari Guru kepadaku ialah suami tercinta.
Sambutan hari guru di SMK Paka meriah dengan sedikit kelainan pada tahun ini...sesi pertama dimulakan dengan perhimpunan di Dataran sekolah, kemudian diteruskan dengan permainan untuk semua guru yang dikendalikan oleh pelajar PPU SMK Paka dengan kerjasama MGK sekolah...alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Sesi kedua ialah acara makan2 diDewan Seri Cempaka, manakala semua pelajar juga diberi makanan percuma bertempat di kantin sekolah...
Sesi ketiga pula ialah perarakan semua guru dari Dewan Seri Cempaka ke Dewan Seri Gemilang, dengan sajian paluan kompang berformasi oleh kumpulan kompang sekolah, ditambah dengan pasukan bungga manggar dan hulubalang ...setibanya di DSG, kami disambut pula oleh pelajar PPU yang sedia menanti dengan cenderahati untuk semua guru.
Sesi seterusnya ialah acara dewan yang juga dikendalikan oleh pelajar PPU, dimulai dengan persembahan silat Lang Putih oleh pasukan silat sekolah. Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu sekolah. Perutusan daripada pihak Kementerian Pelajaran juga dibacakan untuk semua pelajar. Seterusnya, acara diserikan lagi dengan persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan Lagu "Guru Pembina Budaya Bangsa" oleh semua guru...Lagu kedua dinyanyikan sebanyak 2 kali untuk menunaikan permintaan para pelajar...menghiburkan!
Pengetua sekolah juga diberi penghormatan untuk memeriahkan majlis dengan upacara memotong riben dan melekatkannya ke atas kad ucapan gergasi hasil karya Badan Pengawas...kemudian,giliran para pelajar pula membuat persembahan untuk santapan mata dan telinga semua...
Penganugerahan sijil penghargaan kepada guru terpilih merupakan 'kejutan' kepada semua guru...terasa diri sangat 'dihargai'!
Majlis diakhiri dengan perarakan keluar guru dari DSG dengan iringan paluan kompang...perasaan bercampur baur...sayu, seronok, sedih, gembira dan segala macam...

Teknik Penulisan Karangan

PROSES MENULIS KARANGAN


1 Membuat Perancangan (10 – 15 minit)

1.1 Menganalisis soalan

1.2 Menyenaraikan isi karangan

1.3 Menyesuaikan isi karangan – 5/6 isi

2 Menulis Karangan (60 – 70 minit)

2.1 Pendahuluan – gambaran isi karangan

2.2 Menyampaikan isi – kejelasan

2.3 Penutup – menyimpulkan isi

3 Membuat Semakan (5 - 10 minit)

Ayat, diksi, ejaan, tanda baca, dan aspek tatabahasa yang lain

PENDAHULUAN KARANGAN


Gambaran umum tentang perkara yang ingin ditulis
Harus mencakupi definisi tentang sesuatu konsep yang terkandung dalam soalan
Tidak harus dicampuradukkan dengan isi karangan
Tidak terlalu ringkas dan tidak meleret-leret
P : Pendahuluan

3 m : tepat dan jelas
2 m : kurang tepat dan kurang jelas
1 m : tidak tepat / pendek / meleret

I : Isi Sokongan
3 m : isi – tepat, huraian – jelas
2 m : isi – masih tepat, h – masih jelas
1 m : isi dan huraian – lemah

K : Kesimpulan
3 m : baik dan meyakinkan
2 m : masih baik dan masih meyakinkan
1 m : tidak meyakinkan / pendek

PENGOLAHAN


AB (13 – 14 )
P - kemas & teratur, ada tautan yang kukuh; prgn – baik
B (10 – 12 )
P - masih kemas & masih teratur tetapi ada bhg.yang tidak koherens; perenggan baik
S (07 – 09)
P - masih kemas tetapi aspek koherens & kohesi kurang memuaskan; perenggan – masih baik
L (04 – 06)
P - krg. kemas & tidak teratur; koherens & kohesi, tidak mem.; perenggan – krg. baik
AL (01 – 03)
P - a.l., tiada koherens & kohesi; perenggan – lemah

BAHASA


AB (13 – 15)
Kurang drp. 6 kesalahan sintaksis
Penggunaan bahasa – lancar dan berkesan
Diksi – tepat dan luas
B (10 – 12)
6 – 10 kesalahan sintaksis
Penggunaan bahasa – masih lancar dan berkesan
Diksi – masih tepat dan luas
S (07 – 09)
11 - 15 kesalahan sintaksis
Penggunaan bahasa – masih baik
Diksi – masih tepat
L (04 – 06)

16 – 20 kesalahan sintaksis
Penggunaan bahasa – tidak lancar
Diksi – ada yang tidak tepat dan terbatas
AL (01 – 03)
21 dan lebih kesalahan sintaksis
Penggunaan bahasa – amat tidak lancar
Diksi – banyak yang tidak tepat dan terbatas

Borang2 Tg.6

borang2 berkaitan dilampirkan untuk kemudahan semua...pilih yang berkenaan

Penyampaian Slip Keputusan Peperiksaan STPM 2009

Maklumat Perjawatan Tingkatan 6 Dan Guru Mengajar Tingkatan 6 (Lampiran B)

Maklumat Perjawatan Tingkatan 6 Dan Guru Mengajar Tingkatan 6 (Lampiran B)

MODUL PENYELIDIKAN T6

MODUL PENYELIDIKAN T6

BORANG-BORANG T6 2010

BORANG-BORANG T6 2010

Pendaftaran Baru Pelajar Tingkatan 6 Bawah

Tarikh : 09 Mei 2010
Bertempat : Dewan Seri Gemilang, SMK Paka
Masa : 10.00 - 11.30 pagi
 

Tips Peperiksaan Bulan May

Tips Peperiksaan Bulan May

Islamic Calendar

~ Kata Aluan Dari PKT6 ~

~ Kata Aluan Dari PKT6 ~
Assalamualaikum
dan salam sejahtera buat semua...
Alhamdulillah,akhirnya blog ini sempat juga direalisasikan sebelum pelajar tingkatan 6 bawah mendaftar, iaitu pada 9 Mei 2010 nanti. Insyaallah pada hari pendaftaran tersebut, blog ini akan dilancarkan.....semoga blog ini akan memberi input kepada semua guru dan pelajar PPU khususnya...

Sejarah PPUSMKPaka

PPU SMK Paka mula beroperasi pada tahun 2003.

Sekolah ini memperuntukkan 2 kelas 6 bawah aliran kemanusiaan. Kedua-dua kelas 6 Bawah mewajibkan pengambilan mata pelajaran teras iaitu P.A dan Bahasa Melayu.

Mata pelajaran elektif bagi kelas 6B1 ialah Geografi dan Ekonomi manakala Kelas 6B2 pula menawarkan Sejarah dan Pengajian Perniagaan.

SEJARAH PENUBUHAN BLOG PPUSMKPaka
- diilhamkan oleh Cikgu Che Saniah bt. Hanapi
- dibina menggunakan halaman Blogger.com
-
tarikh mula dimasukkan entry pertama ialah pada 07 Mei 2010
- perasmian pada 09 Mei 2010

Profil Diri PKT6

My photo
Anak kelahiran Kelantan. Anak sulung perempuan daripada 8 beradik. Pengalaman mengajar: 1996-1998 SMK Damansara Utama 1999-2001 SMK Dengkil 2001-2002 SMK Paka 2002-2003 SMK Seri Paka 2003-kini SMK Paka. Mula mengajar tingkatan 6 pada bulan Jun 2003 bagi subjek Peng.Am 2,kemudian subjek B.Melayu 2 pada tahun 2005. Ditawarkan sebagai PKT6 pada 1 April 2009

Tips Peperiksaan

Tips peperiksaan bulan ini.. dapatkan sekarang.

Ruang Sembang

XTVT's

2011:
1. Program 'Menggapai Impian'-SPM&PPU- SMK Paka
2. Kem Teknik Menjawab -Geografi- SMKTIZ
3. Kem Elit Daerah Dungun
4. Pendaftaran Pelajar PPU (bawah) - SMK Paka
5. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah - SMK Paka
6. Kem Motivasi Meniti Puncak - UKM
7. Kem Kepimpinan PPU Siri 3 - Agro Resort
8. Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
9. Kolokium , 6Bawah
10. Kelas Malam
11. Klinik ICU
12. Tutorial STPM, Dungun
13. Pertandingan Kawad Kaki Daerah
14. Kem Bestari STPM SMK Paka
15. Teknik Menjawab STPM-Geog 1-SMKDM
16. Teknik Menjawab P.Am 1
17. Jadual Anjal (2 Minggu)
18. Jamuan Perpisahan Ting. 6 Atas 2011
19. Redha Ilmu 2011

2012:
1. Kem Teknik Menjawab - Ekonomi
2. Program Menggapai Impian
3. 'Idolaku'
4. Sejenak Bersama 'Pengetua' Siri 1
5. Karnival Gerko Pra U Dungun
6. Kelas Bimbingan (mingguan)

Link Berkaitan

Followers

Carian

Thank You Allah

Renung Sejenak

"Perumpamaan(nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah adalah ibarat sebutir benih yang menumbuhkan 7 bulir, pada tiap2 bulir terdapat seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui"